Sunday, May 16, 2010

KORANG JANGAN PERASAN LA NEGARA NI MAJU SESANGAT....

muahehheh!!!! Aku tergelak la bebaru ni, ada beberapa kerat mamat dan minah kita yakin sesangat tak hengat mengatakan Malaysia ni maju giler. weh, wake up la, kita baru je membangun. Maju tu bukan bergantung pada banyak mana bangunan tinggi. Ada mamat bengong ni kata zaman Mahathir dulu ada jugak bangunan, zaman pak Lah? Zaman Najib? Ape ke bodo tahap lelabi syndrom down ko ni. Bangunan kalau banyak je lebih tapi kosong apekehal? ukuran maju dia dari sudut bangunan. Maju ni sekadar material aje.
Satu lagi dok ngutuk la Indon, bangla. Korang jangan tak tau Indon skang ni negara dia sejak Bung Bambang dah makin mengejar kita. Chek la pendapatan negara. Mata wang diorang pun ada naik sikit-sikit. Lagi satu Thailand yang semakin naik ekonominya. Dik kita membangun lagi dik. kalau maju ade ke budak sekolah bawak beban buku teks 5 kg sehari?Sungai dah tercemar dan macam lembab je bab-bab alam sekitar ni. Tapi kalau politik semua laju cam pelesit.
Bagaimana peruntukan untuk kajian dan keilmuan? ada tapi aku rasa cam ciput kan? Mana ada research best-best dari cendiakwan kita? ada tapi ciput je kan? bila dah pandai semua masuk politik lalu jadilah mereka politikus yang sebenarnya nak sangat duit pencen sebab 5 tahun kerja pencen lu dapat. Blah la!!!
Macam mana dengan kualiti budaya sivil kita? masih sampah tahap muntah hijau sana-sini. Sistem pengangkutan awam, tak memuaskan lagi. Pondok telefon lawa-lawa dia jahanamkan. Mana majunya? Majalah-majalah picisan hiburan,mistik,karut-marut melambak. Majalah ilmiah hidup segan mati tak mau. Filem-filem banyak subjek murahan tahap longkang, apa maju nye.
Ingat kita masih membangun dan ingat dik kita sekarang kena ubah banyak hal dan perkara. Dik sama-sama insaf dan bukan berlagak haram je. Kita semua tak boleh berharap 100% pada kerajaan dan orang-orang politik pasal diorangpun bukan malaikat. Kita sesama majukan negara kita. Lu apehal harap sangat sama makhluk? lu akidah dah jejas tu.

No comments:

Post a Comment